Friday, August 21, 2009

Kepada Semua Pelajar 4 Jasmine (22 Ogos 2009)










  • Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada pelajar muslim 4 Jasmine.
  • Selamat bercuti dan jangan lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar iaitu selesaikan Tugasan Cuti sekolah yang akan dimuat naik kedalam blog ini pada bila-bila masa sahaja.
  • Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar 4 Jasmine kerana menghadiri kelas ganti Prinsip Perakaunan pada Hari Jumaat (21/08/09) daripada 7.50 hingga pukul 11.50 pagi.
  • Saya melaksanakan kelas ganti ini kerana tidak dapat mengajar pada waktu p&p biasa disebabkan terlibat dengan RIMUP Kebangsaan Anjuran KPM selama 4 hari.
  • Saya juga merasa bangga kerana kamu boleh mengikuti kelas ganti Prinsip Perakaunan dalam jangka masa yang panjang dengan keadaan tekun dan meriah.
Ditulis Oleh: En Kairul Annuar Bin Abd Aziz